Saturday, February 11, 2012

Tuesday, July 5, 2011

Sungguh menyayat hati Nurrahayu di bunuh, dikerat dan di bakar

Manusia begitu kejam sekali. Saya mengenali bapanye Haji Qomarodin yang tinggal tak jauh dari rumah saya dan selalu berjumpa di surau. Malah ketika anak nye baru hilang, dia masih lagi dapat menghadiri majlis tahlil dan doa selamat di rumah saya pada 2 minggu yang lepas dan sempat bergurau senda dengan saya. Ketika itu dia sangat berharap yang anak nye masih lagi hidup dan dua kali jemaah surau mengadakan solat hajat. Katanya isteri dia selalu menangis tak kira masa. pagi, petang dan malam. Semoga keluarganya tabah menerima dugaan ini......

Berikut adalah berita kejutan yang disiarkan pada HARI INI di surat khabar.




Tempat mangsa dibakar berhampiran tanah perkuburan Hindu di Masai, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 4 Julai - Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemui mati dalam keadaan tragis, dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dikerat dan dibakar di dua lokasi berasingan semalam.

Nurrahayu Qomarodin yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) dilaporkan hilang dari rumah sejak 18 Jun lalu oleh ibu bapanya yang mengusaha kantin di sebuah kuari di Masai.

Bagaimanapun, petang semalam, polis menemui petunjuk bahawa mayat remaja itu dibakar di dua lokasi berasingan iaitu di Sungai Tiram dan Tanah Perkuburan Hindu di Masai bertujuan untuk menghilangkan bukti.

Ketika ditemui, mayat mangsa hanya tinggal cebisan rambut, baju dan selipar di tanah perkuburan berkenaan antara pukul 4 dan 5 petang.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan saksi, mangsa dikatakan dibawa lari oleh seorang lelaki pada hari kejadian dan sejak itu tidak pulang ke rumah keluarganya.

"Pihak polis yang menjalankan siasatan kemudian mendapat maklumat daripada orang awam yang menemui cebisan rambut, baju dan selipar di sebuah tanah perkuburan Hindu di Masai.

"Berdasarkan siasatan kes ini, kita percaya kesemua barang bukti konsisten dengan kes kehilangan mangsa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Susulan penemuan cebisan mayat tersebut, menurut Roslan, pihaknya menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun yang bertugas di kuari tempat bapa mangsa mengusahakan kantin.

Katanya, suspek ditahan ketika cuba bersembunyi di sebuah kawasan semak di Ulu Tiram di sini, petang semalam.

Monday, June 27, 2011

Nak Letak READ MORE Pada Post Yang Panjang

Amboi dah terer nampak nak ajor2 org pulak...hehehe. Kekadang tu saya nampak bloggers cerita panjang lebor kat post dia jadik saya pun study la skit macam mana cara nak pendek kan nye dengan letak READ MORE. Jadi bila orang interested nak baca seterusnye bolih la dia klik kat situ. Kalu tak dia bolih skip dan baca post yang lain...senang kan? lagi pun blog nampak lebih teratur.

Hmmmm..caranya sangat la mudah. Pertama tulis macam biase kat COMPOSE tu lepas tu bila dah siap, klik kat EDIT HTML dan letak <!--more--> di mana2 tempat yang kita rasa nak berhenti dan beri pilihan pada pembaca untuk membaca seterusnye atau pun tidak.

Bagi saya la ye, kalu nak baca satu2 cerita tu sampai paragraph kedua je...lepas tu kalu tak menarik saya stop. Jadi agak nye bagus la letak bende alah ni selepas ayat terakhir di paragraph tersebut.

Saya dah cuba dan memang menjadik...erkkkss tapi kan setakat ni semua posts saya pendek2 je hehehe jadi tak bolih di applikasi kan lagik.

Saturday, June 18, 2011

Cerita Seram Misteri Jam 12 Radio Ria

Ade dua je rancangan radio yang saya minati....Pertama: "Masihkah Kau Ingat" tiap hari 2 hingga 4 petang di siaran Nasional RTM. Sure la sebab penuh dengan lagu2 lama kan. ........Dan yang kedua nye rancangan "Misteri Jam 12" Radio Ria Singapura di kelolakan olih DJ KC tiap hari kecuali Sabtu dan Ahad dari jam tengah malam hingga 2 pagi. Pendengar2 akan mengirim email atau menalipon DJ untuk ceritakan kisah2 seram yang di alami. Best la jugak tapi sama ada benar atau tidak tu ntah le.

Masalah nye bila ter-over layan rancangan ni sampai  ngantuk pulak pegi keje keesokkan nye hehehe. Dah bertahun saya duk ikuti rancangan ni, dulu DJ dia Zan Sufyan tapi dia dah pindah kat Warna 94.2FM (Singapore jugak).

Sound effect dalam ni memang seram giler jadi volume kene perlahan skit kalu tak bolih terkejut giler heheheh..... Kat sini ada link kalu nak dengar secara live online. KLIK DI SINI......ingat tau switch on pada tengah malam. Waktu lain nye...takde beza ngan program siaran lain2 lagu tak habih2. Dan KLIK DI SINI untuk link ke blog nye.

Cakap pasal antu nih, dengor kabor kat asrama Seroja pompuan di UiTM mcm2 bende pelik berlaku....betul ke

Monday, May 23, 2011

Nostalgia lagu2 lama

Last skali dapat jugak masukkan playlist dalam ni dan links untuk download mp3. Semuanye mempunyai bit rate yang tinggi dan sesetengah nye High Quality Audio. Sesiapa yang secara kebetulan melewati blog ini bolih mengimbau kembali lagu2 lama yang pasti nye akan mengundang kenangan2 lalu yang menyusuk dan menikam jiwa....perghh.

Koleksi ini akan di tambah dari semasa ke semasa.

Selamat mendengar dan muat turun ya....